Puji Tuhan! Hanya ayat itu yang mampu aku nyataakan takala aku menerima berita bahawa aku bakal menerima latihan Jururawat pada awal bulan January 2012 kelak. Staff nurse ye! haha! :)
Happy!
Kalau anda perasan pada post blog yang lepas, ada aku nyatakan bahawa aku telah berdoa agar Tuhan makbulkan doa aku agar pemohonan aku untuk memasuki latihan separa perubatan kelak tercapai. Aku tahu, 3 tahun lepas sewaktu aku masih lagi baharu memasuki Diploma di Uitm, aku telah menerima 3 kali surat temu duga untuk jawatan-jawatan Separa perubatan. Namun aku menolak dengan alasan aku ingin menghabiskan dahulu pengajian ku di Uitm, tambaha pula waktu itu ibu ku menolak keras keputusan ku untuk mencuba nasib untuk pergi ke temuduga tersebut. Jadi peluang tersebut aku lupakan sahaja dan tumpukan perhatian pada pengajian ku di universiti.
Namun tiada siapa yang tahu bahawa aku berasa amat menyesal sekali kerana menolak tarawan temuduga tersebut, rasa hati tersebut ku simpan sahaja di dalam hati. Ini kerana aku tahu, Mummy & Daddy ingin sekali melihat aku menghabiskan pengajian aku di universiti kerana itulah impian mereka dari dulu lagi. Walaubagaimana pun, untuk menyesal kerana menyambung pengajian di Uitm tidak pernah sekali kali terlintas sekali di hati ku kerana aku tahu banyak benda yang telah aku belajar sepanjang tempoh 3 tahun aku di Uitm.
Bulan April yang lepas aku telah berjaya menghabiskan Diploma ku di Uitm dengan lulus dalam bidang pengajian Diploma Teknologi & Pentadbiran Pejabat. Target aku lepas habis pengajian memang nak terus cari kerja. Memang aku ada tawaran Degree dalam Office System lepas habis sahaja Diploma, tapi tawaran tersebut aku tolak kerana aku memang aim nak cari kerja, tambahan lagi aku tidak mahu menyusahkan parents ku untuk menampung yuran2 Degree aku kelak. Cukuplah aku berhutang berberapa ribu dengan PTPTN! Fikir ku, kalau pn aku nak sambung degree pun, biar lah dengan duit aku sendiri. Jadi aku terus sahaja online Jobsmalaysia lah, Sarawak e-recuitment lah, SPA lah dan bermacam-macam cara lagi aku meng'apply' kerja. Bermacam-macam interview telah aku hadiri, namun tiada satu pun yang tersangkut. Bukan nasib lah katakan. :(
Last-last, aku teringat 3 kali tawaran temuduga separa perubatan yang pernah aku terima dahulu. Kenapa tidak aku apply sekali lagi permohonan untuk separa perubatan kan? Kerana dek berputus asa bermacam-macam kerja yang aku cari tidak dapat, akhir nya aku pun apply separa perubatan. Pada mulanya aku hampir 'give up!' kerana selepas berbulan-bulan tidak ada juga berita tentang temuduga untuk jawatan separa perubatan SPA. Tetapi pada bulan 10, tengah aku syok kerja part time di KPJ Kuching Specialist Hospital, aku menerima berita yang aku telah berjaya untuk menghadiri temuduga separa perubatan untuk jawatan MEDICAL ASSISTANT & STAFF NURSE! Apa lagi, HURRAYYY lah aku!! haha!
Sebulan selepas temuduga tersebut, tepat jam 10pm, 24 Nov 2011, aku telah menerima berita gembira yang aku telah berjaya diterima sebagai Pelatih Jururawat U29. Kerja kerajaan pok! Apatah lagi pada bajet 2012, Najib ada kata gaji kerajaan naik. Aku makin lah suka! haha!
Thanks God! Akhirnya aku bukan lagi penganggur. Pada 3 tahun akan datang aku akan bergelar Staff Nurse. Parents aku gembira, Ahli keluarga aku yang lain pun gembira, Hubby ku pn gembira termasuk bakal mentua aku pun gembira, kawan2 rapat pun turut gembira. Mereka yang banyak "support" aku selama ini. Thanks God, again. Amen!
:)
No comments:
Post a Comment