Ermmm..selepas ramai ahli keluarga aku yang lain mengetahui yang aku bakal mengikuti training staff nurse pada tahun depan, ramai diantara mereka yang tidak setuju. Bukan tidak setuju, tidak faham sebenar nya. Kebanyakan respon yang aku terima, mereka menyatakan sayang aku mempersiakan diploma aku sepanjang 3 tahun aku belajar di Uitm.
"Mempersiakan Diploma???"
Mana mungkin, aku tidak pernah mempersiakan diploma aku. Apa yang aku persiakan?? Ilmu?? Mana mungkin. Orang yang mempersiakan ilmu bagi ku orang yang tidak habis belajar kerana malas. Yang aku tahu, aku tidak pernah mempersiakan tiap-tiap saat aku belajar di Uitm. Malah aku telah lulus dengan jaya nya selama 3 tahun di Uitm, "Grad on time" lagi tu. Namun, ramai dikalangan mereka yang tidak faham, tindakan aku mengikut training nurse kelak seperti mempersiakan masa aku belajar 3 tahun di Uitm. Bagi ku, sepanjang pengajian ku di Uitm, aku telah belajar & mengenali banyak benda, antaranya 3 perkara terpenting di dalam hidup,
1. Sahabat;- aku telah mengenali banyak sahabat baru sepanjang di kampus. Bermacam-macam ragam orang telah aku kenal & lihat. Sahabat yang kini telah menjadi sahabat baik aku. Aku bersyukur kerana dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang baik sepanjang di Uitm. Adakah ini bermaksud sia-sia?
2. Pengalaman hidup;- 3 tahun belajar dan hidup dalam alam kampus, aku telah belajar bermacam-macam pengalaman berdikari. Pengalaman yang membuat aku makin dewasa & semakin berdikari. Bermacam-macam peristiwa yang mengajar aku tentang erti kehidupan. Adakah ini yang dikatakan sia-sia?
3. Dan yang paling penting, ILMU! Banyak ilmu yang aku telah pelajari sepanjang pengajian ku di Uitm. Dari seorang yang tidak berani bercakap di khayalak ramai, aku mula berani untuk membuat public speaking. Menaip dengan laju tanpa melihat keyboard, 1 kepakaran bagi ku! Banyak lah ilmu yang aku telah belajar.
Inikah yang dikatakan sia-sia? Fikir-fikirkan lah!
Yaaa! Mungkin mereka tidak faham situasi aku. Bagiku mungkin aku agak ketinggalan dengan mereka yang sebaya dengan ku dalam memperoleh pekerjaan, tapi bagiku ini hanya 3 tahun, sepanjang hidup nanti samalah kita makan gaji kerajaan pangkat U29 kan?? haha! Apa lah beza sangat. Aku kan masih muda, buat apa mau tergesa-gesa kan? Bak kata uncle ku yang bekerja sebagai MA, nanti lepas habis training & bekerja selama berberapa tahun, aku boleh apply Degree dalam admin, lebih senang kerana aku ada Diploma Office aku boleh apply untuk jawatan Sister selepas ada degree dalam admin kelak kan? Pegang juga gaji U39, Amen! Itulah TARGET ku yang sebenar, yang orang tidak faham. Kenapa harus fikir selama 3 tahun ini sahaja, fikir lah untuk masa depan kelak weiiiii. Itulah salah 1 sebab kenapa aku nak juga masuk training Staff Nurse ni.
Ok2, untuk menyenangkan lagi kenapa aku memilih untuk masuk training Staff Nuse U29 daripada menerima tawaran Degree Office System tu, aku list kan alasan aku yang seringkas-ringkas nya, ok?
1. Tawaran kerja tetap dengan kerajaan selepas 3 tahun training, plus gaji Nurse besar. Sapa yang tak nak????
2. Mummy & Daddy tak payah nak bayar yuran lagi dah, elaun ada tiap bulan. :)
3. Bakal mak mentua staff nurse, dia cakap kalau nak kawin dengan anak dia, lagi baik kalau bakal menantu dia ada keja tetap kan lagi bagus.
4. Impian nak jd Sister (Penyelia Jururawat)! Dah ada diploma Office termasuk Diploma Nursing, lagi lah senang nak aply Degree Admin, dapat lah jd Sister kelak. 2 Diploma, 1 Degree, kau adaaaa??? (Perancangan masa depan lah, harap dapat. Amen!)
6. Nak sama-sama dalam bidang Separa Perubatan dengan bakal husband, dia Penolong pegawai kesihatan persekitaran, aku Nurse. Kan padan? hahaha!
7. Dah takdir Tuhan nak panggil aku jd Nurse dari 3 tahun lepas, kau nak jawab apa?? Kannnnnn.. :)
Last but not least, aku punya suka lah nak jd Nurse walaupun aku ada Diploma Office. Masa depan aku, ada kena mengena denga kau??? Tak ada kannnnnnn. So, diam & tengok je future aku dalam masa 5 tahun lagi okey. Adios!
No comments:
Post a Comment