Sahabat sejati..ya! aku mengenali ramai kawan sepanjang berada di Uitm untuk masa 3 tahun..ramai jenis kawan yang telah aku kenal..kawan semasa gembira, kawan semasa sedih..kawan yang bersama-sama menimba ilmu..aku rindu semua tu! Aku sedar seandai nya aku menolak tawaran untuk belajar di Uitm dulu, tidak akan ku temui insan-insan yang bersama-sama dengan aku menempuhi alam remaja yang kini nya menjadi sahabat setia ku..aku tahu, ramai kawan yang boleh aku jumpa di tempat lain seandainya Uitm bukan tempat ku..tetapi sayang nya aku tidak akan berjumpa dengan sahabat yang sama-sama minat, perangai dan yang paling penting sangat memahami diri ku ini..mell, mey-mey, yaya, loretta, ivy, fran, susie, zilla dan ramai lah sahabat yang menghias hidup ku sepanjang berada di kampus..terima kasih kat korang sebab sentiasa berada disisi aku sepanjang kita berjuang di dalam kampus..
Aku tau walaupun aku sedikit menyesal kerana tidak menghargai peluang untuk mencari perkerjaan suatu masa dulu, tapi bagi aku..mungkin Tuhan telah menyediakan sesuatu yang terbaik untuk aku di masa hadapan..mungkin perkerjaan yang Tuhan telah sediakan nanti lebih baik dari pilihan ku masa dulu..ya, mungkin tidak senang untuk ku mencari pekerjaan, tetapi sahabat juga amat sukar untuk dicari pada masa kini..sahabat yang sejati sukar dicari..apa lah guna bekerja 24/7 tetapi tiada sahabat yang sudi menemani dan mendengar masalah dikala susah..
Apa yang aku tahu sekarang, aku tidak menyesal kerana memasuki Uitm dan melepaskan peluang untuk mendapatkan pekerjaan semasa aku menolak tawaran interview SPA suatu masa dulu..aku tahu aku telah mendapat pengalaman dan kenangan yang tidak terhingga dan tidak dapat lagi ku cari seandainya aku melepaskan peluang itu dulu..sesungguh nya kini biarlah aku berusaha untuk mencari kerja dan aku percaya suatu hari nanti aku dapat mencari pekerjaan..rezeki ada dimana-mana dia ianya teletak di tangan Tuhan..biarlah kenangan di Uitm yang mengajar aku untuk lebih berdikari dan menjadi lebih dewasa di masa hadapan..
No comments:
Post a Comment