Tuesday, November 29, 2011

Christmas just around the corner. And i've change my blog layout.

Yippie!

:)

Nurse?? Aku punya alasan tersendiri!

Ermmm..selepas ramai ahli keluarga aku yang lain mengetahui yang aku bakal mengikuti training staff nurse pada tahun depan, ramai diantara mereka yang tidak setuju. Bukan tidak setuju, tidak faham sebenar nya. Kebanyakan respon yang aku terima, mereka menyatakan sayang aku mempersiakan diploma aku sepanjang 3 tahun aku belajar di Uitm.

"Mempersiakan Diploma???"

Mana mungkin, aku tidak pernah mempersiakan diploma aku. Apa yang aku persiakan?? Ilmu?? Mana mungkin. Orang yang mempersiakan ilmu bagi ku orang yang tidak habis belajar kerana malas. Yang aku tahu, aku tidak pernah mempersiakan tiap-tiap saat aku belajar di Uitm. Malah aku telah lulus dengan jaya nya selama 3 tahun di Uitm, "Grad on time" lagi tu. Namun, ramai dikalangan mereka yang tidak faham, tindakan aku mengikut training nurse kelak seperti mempersiakan masa aku belajar 3 tahun di Uitm. Bagi ku, sepanjang pengajian ku di Uitm, aku telah belajar & mengenali banyak benda, antaranya 3 perkara terpenting di dalam hidup,

1. Sahabat;- aku telah mengenali banyak sahabat baru sepanjang di kampus. Bermacam-macam ragam orang telah aku kenal & lihat. Sahabat yang kini telah menjadi sahabat baik aku. Aku bersyukur kerana dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang baik sepanjang di Uitm. Adakah ini bermaksud sia-sia?

2. Pengalaman hidup;- 3 tahun belajar dan hidup dalam alam kampus, aku telah belajar bermacam-macam pengalaman berdikari. Pengalaman yang membuat aku makin dewasa & semakin berdikari. Bermacam-macam peristiwa yang mengajar aku tentang erti kehidupan. Adakah ini yang dikatakan sia-sia?

3. Dan yang paling penting, ILMU! Banyak ilmu yang aku telah pelajari sepanjang pengajian ku di Uitm. Dari seorang yang tidak berani bercakap di khayalak ramai, aku mula berani untuk membuat public speaking. Menaip dengan laju tanpa melihat keyboard, 1 kepakaran bagi ku! Banyak lah ilmu yang aku telah belajar.

Inikah yang dikatakan sia-sia? Fikir-fikirkan lah!


Yaaa! Mungkin mereka tidak faham situasi aku. Bagiku mungkin aku agak ketinggalan dengan mereka yang sebaya dengan ku dalam memperoleh pekerjaan, tapi bagiku ini hanya 3 tahun, sepanjang hidup nanti samalah kita makan gaji kerajaan pangkat U29 kan?? haha! Apa lah beza sangat. Aku kan masih muda, buat apa mau tergesa-gesa kan? Bak kata uncle ku yang bekerja sebagai MA, nanti lepas habis training & bekerja selama berberapa tahun, aku boleh apply Degree dalam admin, lebih senang kerana aku ada Diploma Office aku boleh apply untuk jawatan Sister selepas ada degree dalam admin kelak kan? Pegang juga gaji U39, Amen! Itulah TARGET ku yang sebenar, yang orang tidak faham. Kenapa harus fikir selama 3 tahun ini sahaja, fikir lah untuk masa depan kelak weiiiii. Itulah salah 1 sebab kenapa aku nak juga masuk training Staff Nurse ni.

Ok2, untuk menyenangkan lagi kenapa aku memilih untuk masuk training Staff Nuse U29 daripada menerima tawaran Degree Office System tu, aku list kan alasan aku yang seringkas-ringkas nya, ok?

1. Tawaran kerja tetap dengan kerajaan selepas 3 tahun training, plus gaji Nurse besar. Sapa yang tak nak????

2. Mummy & Daddy tak payah nak bayar yuran lagi dah, elaun ada tiap bulan. :)

3. Bakal mak mentua staff nurse, dia cakap kalau nak kawin dengan anak dia, lagi baik kalau bakal menantu dia ada keja tetap kan lagi bagus.

4. Impian nak jd Sister (Penyelia Jururawat)! Dah ada diploma Office termasuk Diploma Nursing, lagi lah senang nak aply Degree Admin, dapat lah jd Sister kelak. 2 Diploma, 1 Degree, kau adaaaa??? (Perancangan masa depan lah, harap dapat. Amen!)

6. Nak sama-sama dalam bidang Separa Perubatan dengan bakal husband, dia Penolong pegawai kesihatan persekitaran, aku Nurse. Kan padan? hahaha!

7. Dah takdir Tuhan nak panggil aku jd Nurse dari 3 tahun lepas, kau nak jawab apa?? Kannnnnn.. :)

Last but not least, aku punya suka lah nak jd Nurse walaupun aku ada Diploma Office. Masa depan aku, ada kena mengena denga kau??? Tak ada kannnnnnn. So, diam & tengok je future aku dalam masa 5 tahun lagi okey. Adios!

Tuhan telah tunaikan doa ku. Alleluia!

Puji Tuhan! Hanya ayat itu yang mampu aku nyataakan takala aku menerima berita bahawa aku bakal menerima latihan Jururawat pada awal bulan January 2012 kelak. Staff nurse ye! haha! :)

Happy!

Kalau anda perasan pada post blog yang lepas, ada aku nyatakan bahawa aku telah berdoa agar Tuhan makbulkan doa aku agar pemohonan aku untuk memasuki latihan separa perubatan kelak tercapai. Aku tahu, 3 tahun lepas sewaktu aku masih lagi baharu memasuki Diploma di Uitm, aku telah menerima 3 kali surat temu duga untuk jawatan-jawatan Separa perubatan. Namun aku menolak dengan alasan aku ingin menghabiskan dahulu pengajian ku di Uitm, tambaha pula waktu itu ibu ku menolak keras keputusan ku untuk mencuba nasib untuk pergi ke temuduga tersebut. Jadi peluang tersebut aku lupakan sahaja dan tumpukan perhatian pada pengajian ku di universiti.

Namun tiada siapa yang tahu bahawa aku berasa amat menyesal sekali kerana menolak tarawan temuduga tersebut, rasa hati tersebut ku simpan sahaja di dalam hati. Ini kerana aku tahu, Mummy & Daddy ingin sekali melihat aku menghabiskan pengajian aku di universiti kerana itulah impian mereka dari dulu lagi. Walaubagaimana pun, untuk menyesal kerana menyambung pengajian di Uitm tidak pernah sekali kali terlintas sekali di hati ku kerana aku tahu banyak benda yang telah aku belajar sepanjang tempoh 3 tahun aku di Uitm.

Bulan April yang lepas aku telah berjaya menghabiskan Diploma ku di Uitm dengan lulus dalam bidang pengajian Diploma Teknologi & Pentadbiran Pejabat. Target aku lepas habis pengajian memang nak terus cari kerja. Memang aku ada tawaran Degree dalam Office System lepas habis sahaja Diploma, tapi tawaran tersebut aku tolak kerana aku memang aim nak cari kerja, tambahan lagi aku tidak mahu menyusahkan parents ku untuk menampung yuran2 Degree aku kelak. Cukuplah aku berhutang berberapa ribu dengan PTPTN! Fikir ku, kalau pn aku nak sambung degree pun, biar lah dengan duit aku sendiri. Jadi aku terus sahaja online Jobsmalaysia lah, Sarawak e-recuitment lah, SPA lah dan bermacam-macam cara lagi aku meng'apply' kerja. Bermacam-macam interview telah aku hadiri, namun tiada satu pun yang tersangkut. Bukan nasib lah katakan. :(

Last-last, aku teringat 3 kali tawaran temuduga separa perubatan yang pernah aku terima dahulu. Kenapa tidak aku apply sekali lagi permohonan untuk separa perubatan kan? Kerana dek berputus asa bermacam-macam kerja yang aku cari tidak dapat, akhir nya aku pun apply separa perubatan. Pada mulanya aku hampir 'give up!' kerana selepas berbulan-bulan tidak ada juga berita tentang temuduga untuk jawatan separa perubatan SPA. Tetapi pada bulan 10, tengah aku syok kerja part time di KPJ Kuching Specialist Hospital, aku menerima berita yang aku telah berjaya untuk menghadiri temuduga separa perubatan untuk jawatan MEDICAL ASSISTANT & STAFF NURSE! Apa lagi, HURRAYYY lah aku!! haha!

Sebulan selepas temuduga tersebut, tepat jam 10pm, 24 Nov 2011, aku telah menerima berita gembira yang aku telah berjaya diterima sebagai Pelatih Jururawat U29. Kerja kerajaan pok! Apatah lagi pada bajet 2012, Najib ada kata gaji kerajaan naik. Aku makin lah suka! haha!

Thanks God! Akhirnya aku bukan lagi penganggur. Pada 3 tahun akan datang aku akan bergelar Staff Nurse. Parents aku gembira, Ahli keluarga aku yang lain pun gembira, Hubby ku pn gembira termasuk bakal mentua aku pun gembira, kawan2 rapat pun turut gembira. Mereka yang banyak "support" aku selama ini. Thanks God, again. Amen!

:)

Wednesday, September 14, 2011

Surat Cinta Kelakar!

Seriously, kalau korang tak tahan gelak, jangan berani baca surat cinta ni. Aku foward surat cinta kelakar ni dekat blog sorang mamat "Koleksi Lawak". Lepas aku terguling-guling ketawa sambil tahan air mata keluar pakai bantal kesayangan adik aku baca surat cinta kelakar ni, lalu aku mengambil keputusan untuk mencetak rompak post ni dekat blog aku untuk tontonan semua. Harap korang dapat bernafas dengan normal lah selepas anda membaca surat ni. Sumpah lawak! Adioss. Enjoy! Hahahahahah!
_______________________________________________________

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.
Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.
Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Our True Queen

Deborah Priya Henry, Miss Universe Malaysia 2011

Miss Universe telah berlalu semalam di Sao Paulo, Brazil. As we all know, Miss Angola Laila Lopez was crowned as Miss Universe 2011. Malaysia telah menghantar wakil yang agak bebisa pada tahun ini iaitu gadis kacukan India Malaysia-Irish iaitu Deborah Priya Henry. Beliau dilahir pada 7 Julai 1985 di Dublin namun dibesarkan di Kuala Lumpur.

Beliau merupakan model fesyen Malaysia dan pemenang peraduan ratu cantik Miss Malaysia World 2007
. Deborah berjaya memasuki pusingan separuh akhir Miss World 2007 buat pertama kali sejak menyertai Miss World 1998 yang diadakan 9 tahun dahulu. Deborah mula bekerja sebagai model ketika berumur 15 tahun dan bekerja di London selama 7 bulan. Dia juga muncul dalam video musik Estranged, "Itu Kamu". Deborah mempunyai dua ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang sains politik dan ekonomi dari Universiti Queensland, Brisband Australia.

Dia kemudian mengasaskan Open Doors, sebuah pertubuhan amal yang menumpukan hak asasi manusia dan pembangunan boleh kekal, dengan matlamat jangka panjang untuk membasmikan kemiskinan. Deborah suka membaca, mendengar muzik, melancong, dan mereka hidangan dengan menggunakan rempah-rempah Thailand, India, dan Maghribi. Dia juga memelihara seekor anjing Labrador yang dinamai Bailey serta seekor anjing kacukan yang bernama Twinkle sebagai binatang kesayangannya. Seandainya anda perasan, beliau merupakan salah seorang hos rancanga talk show "Bella" yang disiarkan di siaran Ntv7 disamping Elain Daly, Daphne Iking dan Sahsa Basir.

Moto Deborah ialah "Buat apa sahaja yang kamu dapat buat dengan keupayaan dan sumber kamu. Setiap orang boleh memainkan peranan dalam masyarakat, sekarang dan pada masa depan."

Berikut merupakan ringkasan serba sedikit biodata Queen kesayangan semua termasuk idola saya sendiri. Penglibatan beliau dalam arena ratu cantik ini telah membuka mata ramai peminat ratu cantik di Malaysia dan juga di mata orang luar.

Miss Malaysia Universe 2011 Deborah Henry: Wow! Deborah might be the "Surprise of the Night", in that no one really payed attention to her before but after last Thursday's Preliminary Competition, she was on a lot of people's minds! For her evening gown, she chose a non-fussy elegant blue chiffon gown that made HER be the Star--as opposed to you only noticing her gown. It's simple, sexy and fits her perfectly. The icing on the cake was that she semi-slicked her hair back. It only made her look even more regal and up-to-date. PS: She has got some GAMS on her!!! Score: 9.7 - http://nickverrreos.blogspot.com/

Evening Gown

Swim suit

National Costume

Namun begitu, kegagalan Debbie untuk melayakan diri ke Top 16 pada separuh akhir Miss Universe semalam telah meletakan seribu pertanyaan kepada peminat Deborah sendiri dan juga pengikut-pengikut Miss Universe di serata dunia. Beliau dilihat sebagai pencabar utama kepada 80 lebih peserta yang bertanding di pertandingan tersebut and Deborah was one of the favorites in EVERY SINGLE PAGEANT-RELATED website or blog! But what happened? Some possible explanations:

- Even if the preliminary judges did not pick Miss Malaysia, why didn’t the MUO? The answer could be a declared war against Miss World. Deborah participated in Miss World 2007 and was a semi-finalist, when many believed she deserved better. Another Miss World contestants who was a favorite in São Paulo, and will go back home empty-handed, is Miss Trinidad & Tobago, Gabrielle Walcott. She was Miss World’s 2nd runner-up in Miss World 2008.

- Politics. Islam is the state religion, and unfortunately, the few predominantly Muslim countries that participate in Miss Universe have been historically discriminated against, especially in recent history. Lebanon’s victory in 1971 was an exception. Look at the poor performance of Egypt, even Lebanon, Malaysia and Turkey. They all do much better in Miss World and other pageants. In addition, the government of Malaysia has been making some nasty remarks about the U.S.. It could explain it, although if the case, it would be very sad nowadays…

- Backstage Trouble. We never know what goes on on the pageant’s backstage, unless we are there! Maybe Miss Malaysia did something that pissed the MU organizers, which might have cost her spot among the finalists. Deborah doesn’t look like the type of girl who would cause trouble, but we never know.

Yah, maybe true or maybe not. But bias of cause! Apa-apa pun tahun ini Deborah telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Walaupun tahun depan Malaysia akan menghantar wakil lain pada pertandingan Miss Universe 2012, namun saya akan berasa lebih gembira seandainya Debbie yang akan bertanding untuk merebut kembali crown yang sepatutnya milik beliau. All the best Debbie, semoga penglibatan beliau dalam arena ini akan membuka lebih banyak peluang untuk beliau lebih menonjolkan bakat & kecantikan beliau di mata dunia kelak. We all love you Debbie, Malaysia loves you.

:)

Saturday, September 3, 2011

99 TRUE FACTS ABOUT GUYS!

1. Guys don't actually look after good-looking girls. They prefer neat and presentable girls.
2. Guys love flirts.
3. A guy can like you for a minute, and then forget you afterwards.
4. When a guy says he doesn't understand you, it simply means you're not thinking the way he is.
5. "Are you doing something?" or "Have you eaten already?" are the first usual questions a guy asks on the phone just to get out from stammering.
6. Guys may be flirting around all day but before they go to sleep, they always think about the girl they truly care about.
7. When a guy really likes you, he'll disregard all your bad characteristics.
8. Guys go crazy over a girl's smile.
9. Guys will do anything just to get the girl's attention.
10. Guys hate it when you talk about your ex-boyfriend.
11. When guys want to meet your parents. Let them.
12. Guys want to tell you many things but they can't. And they sure have one habit to gain courage and spirit to tell you many things and it is drinking!
13. Guys cry!!!!!!!!
14. Don't provoke the guy to heat up. Believe me. He will.
15. Guys can never dream and hope too much.
16. Guys usually try hard to get the girl who has dumped them, and this makes it harder for them to accept their defeat.
17. When you touch a guy's heart, there's no turning back.
18. Giving a guy a hanging message like "You know what?!..uh...never mind!" would make him jump to a conclusion that is far from what you are thinking.
19. Guys go crazy when girls touch their hands.
20. Guys are good flatterers when courting but they usually stammer when they talk to a girl they really like.
21. When a guy makes a prolonged "umm" or makes any excuses when you're asking him to do you a favor, he's actually saying that he doesn't like you and he can't lay down the card for you.
22. When a girl says "no", a guy hears it as "try again tomorrow."
23. You have to tell a guy what you really want before he gets the message clearly.
24. Guys hate gays!
25. Guys love their moms.
26. A guy would sacrifice his money for lunch just to get you a couple of roses.
27. A guy often thinks about the girl who likes him. But this doesn't mean that the guy likes her.
28. You can never understand him unless you listen to him.
29. If a guy tells you he loves you once in a lifetime. He does.
30. Beware. Guys can make gossips scatter through half of the face of the earth faster than girls can.
31. Like Eve, girls are guys EUR™ weaknesses.
32. Guys are very open about themselves.
33. It's good to test a guy first before you believe him. But don't let him wait that long.
34. No guy is bad when he is courting.
35. Guys hate it when their clothes get dirty. Even a small dot.
36. Guys really admire girls that they like even if they're not that much pretty.
37. Your best friend, whom your boyfriend seeks help from about his problems with you may end up being admired by your boyfriend.
38. If a guy tells you about his problems, he just needs someone to listen to him. You don't need to give advice.
39. A usual act that proves that the guy likes you is when he teases you.
40. A guy finds ways to keep you off from linking with someone else.
41. Guys love girls with brains more than girls in miniskirts.
42. Guys try to find the stuffed toy a girl wants but would unluckily get the wrong one.
43. Guys virtually brag about anything.
44. Guys cannot keep secrets that girls tell them.
45. Guys think too much.
46. Guys' fantasies are unlimited.
47. Girls' height doesn't really matter to a guy but her weight does!
48. Guys tend to get serious with their relationship and become too possessive. So watch out girls!!
49. When a girl makes the boy suffer during courtship, it would be hard for him to let go of that girl.
50. It's not easy for a guy to let go of his girlfriend after they broke up especially when they've been together for 3 years or more.
51. You have to tell a guy what you really want before getting involved with that guy.
52. A guy has to experience rejection, because if he's too-good-never-been-busted, never been in love and hurt, he won't be matured and grow up.
53. When an unlikable circumstance comes, guys blame themselves a lot more than girls do. They could even hurt themselves physically.
54. Guys have strong passion to change but have weak will power.
55. Guys are tigers in their peer groups but become tamed pussycats with their girlfriends.
56. When a guy pretends to be calm, check if he's sweating. You'll probably see that he is nervous.
57. When a guy says he is going crazy about the girl. He really is.
58. When a guy asks you to leave him alone, he's just actually saying, "Please come and listen to me."
59. Guys don't really have final decisions.
60. When a guy loves you, bring out the best in him.
61. If a guy starts to talk seriously, listen to him.
62. If a guy has been kept shut or silent, say something.
63. Guys believe that there's no such thing as love at first sight, but court the girls anyway and then realize at the end that he is wrong.
64. Guys like femininity not feebleness.
65. Guys don't like girls who punch harder than they do.
66. A guy may instantly know if the girl likes him but can never be sure unless the girl tells him.
67. A guy would waste his time over video games and basketball, the way a girl would do over her romance novels and make-ups.
68. Guys love girls who can cook or bake.
69. Guys like girls who are like their moms. No kidding!
70. A guy has more problems than you can see with your naked eyes.
71. A guy's friend knows everything about him. Use this to your advantage.
72. Don't be a snob. Guys may easily give up on the first sign of rejection.
73. Don't be biased. Try loving a guy without prejudice and you'll be surprised.
74. Girls who bathe in their eau de perfumes do more repelling than attracting guys.
75. Guys are more talkative than girls are especially when the topic is about girls.
76. Guys don't comprehend the statement "Get lost" too well.
77. Guys really think that girls are strange and have unpredictable decisions but still love them more.
78. When a guy gives a crooked or pretentious grin at your jokes, he finds them offending and he just tried to be polite.
79. Guys don't care about how shiny their shoes are unlike girls.
80. Guys tend to generalize about girls but once they get to know them, they'll realize they're wrong.
81. Any guy can handle his problems all by his own. He's just too stubborn to deal with it.
82. Guys find it so objectionable when a girl swears.
83. Guys' weakest point is at the knee.
84. When a problem arises, a guy usually keeps himself cool but is already thinking of a way out.
85. When a guy is conscious of his looks, it shows he is not good at fixing things.
86. When a guy looks at you, either he's amazed of you or he's criticizing you.
87. When you catch him cheating on you and he asks for a second chance, give it to him. But when you catch him again and he asks for another chance, ignore him.
88. If a guy lets you go, he really loves you.
89. If you have a boyfriend, and your boy best friend always glances at you and it obviously shows that he is jealous whenever you're with your boyfriend, all I can say is your boy best friend loves you more than your boyfriend does.
90. Guys learn from experience not from the romance books that girls read and take as their basis of experience.
91. You can tell if a guy is really hurt or in pain when he cries in front of you!
92. If a guy suddenly asks you for a date, ask him first why.
93. When a guy says he can't sleep if he doesn't hear your voice even just for one night, hang up. He also tells that to another girl. He only flatters you and sometimes makes fun of you.
94. You can truly say that a guy has good intentions if you see him praying sometimes.
95. Guys seek for advice not from a guy but from a girl.
96. Girls are allowed to touch boys' things. Not their hair!
97. If a guy says you're beautiful, that guy likes you.
98. Guys hate girls who overreact.
99. Guys love you more than you love them if they are serious in your relationships

Thursday, September 1, 2011


3rd Years Anniversary

On call with my dear just now. Seriously I miss him a lot *sigh. Huhu. My dear baru balik ke Sibu pagi tadi. We have a great time together during this holiday. We do a lot together, watching movie, playing bowling, picnic, shopping, cooking & a lot lah. Anniversary tahun ni memang special lah bagi ku. Sebab sekali lagi aku dapat celebrate anniversary ni dengan dia. 3 tahun dah, memang tak terasa. Nasib dia dapat balik ke Kuching. I'm not going to celebrate this day alone! So sad kan, macam last Valentine's. Thanks God lah, celebration anniversary kita berdua tahun ni berjalan dengan lancar. Masa Annivesary eve, me & dear sempat pegi picnic dekat Pasir Pandak with my family. Nak tengok sunset kata kan. Hehe. We really had a great time together as a family! awwwwww :)



Ya lah kan, plan nak tengok sunset. Tapi sunset tak turun2, last2 tengok laut je lah. Hehe :)

Nah dear, beer! hehe



29 August 2011, Me & Arthur dear celebrate our 3rd anniversary dekat Pinoy, cafe yang hidangan kan Philippine cuisine. Memang terbaekk. Romantik sangat dinner malam tu. Thanks my dear hubby, I love you more and more :)



him. my love. my dear. my hubby. my loves one.


At Pinoy Fiesta Ihaw Ihaw Grill & Cafe. Perfect place for our 3rd years anniversary dinner.

After having dinner, we watching "Final Destination 5" at MBO, The Spring. I thing that is the most unromantic movie to watch during anniversary, kan? Haha! Tp memang have fun lah that night, because we can spent the whole day together :) Forget to tell, the night before, we went to The Curve, watching live band. Aduh, baru tonight I remember I forgot to upload our picture during that night and during playing bowling. That picture still kat my mom camera lah. Later I upload ok? Hehe! Do remind me, babo already! LOL

baru upload (2nd Sept) hehe

Orang terer main bowling..hehe

What else? Hehe. Ok2. The best part is, I met Arthur's family yesterday! At The Spring. Malu nya. Especially when I met Arthur's mom. Then, everything was ok lah. We go shopping, then abang Arthur, Walter spon makan dekat Kenny Roger's. We had lunch together, for the first time! Gosh, best nya! After 3 year, finally! Hehe!

Last night, me sempat bertemu dengan Arthur for a minutes before mereka balik ke Sibu. Arthur pick me up at 10pm, have a drink sekejap, berbual2, take picture (sempat..huhu), hug2 then I have to let him go. *sad. Huhu~ cry. I miss him :(

Even thought masa bersama dengan Arthur sekejap saja, tapi banyak memory kami bersama yang buat aku makin sayang dengan Arthur & impossible untuk aku lupakan or menjadi alasan untuk mencari penganti semasa kami berjauhan kelak. All i wish is our relationship will have no ends, bahagia, kekal selamanya. God bless us. I miss him, I love him. I love you Arthur Nyelang Moses. Thanks dear for loving me. I'm blessed for having you in my life. Love u, Arthur dear. :)